Menu

Tuesday 12 April 2011

Kengerian Sentuhan Raja Midas...

Penggila emas ada pelbagai jenis dan untuk menganganinya orang dahulu mencipta dongeng seperti Raja Midas yang terlalu gilakan emas sehingga berdoa untuk mendapatkan sentuhan emas... Adakah dia bahgia apabila dikabulkan? Sekejap sahaja dimana dia menggunakan sentuhannya untuk menukar pelbagai benda kepada emas dan bukan batu seperti Sang Kelembai. Kenapa sekejap ? Ini kerana dia tidak dapat makan dan minum kerana bukan sahaja pinggan dan cawan  bertukar menjadi emas  tetapi makanan dan minuman juga menjadi logam kuning berkilauan itu. Kemuncak kesedihan apabila isteri dan anak perempuannya juga bertukar menjadi emas. Jadi berpada - padalah (Ini nasihat kat diri sendiri). Walaupun dongeng ada pengajarannya..

No comments:

Post a Comment

Anda mahu komen?