Menu

Tuesday, 12 April 2011

Projek Emas : Sekali imbas..

Ruangan Teknik.Kalau beli sekeping wang dinar misalnya harga rm700.00. Kemudian gadai di Ar Rahnu selama 6 bulan dengan upah 50sen setiap rm100  dapat rm350.00 dan tambah lagi rm350.00 dapat sekeping lagi dinar.. Tapi jangan lupa kena tebus balik yang pertama kena bayar rm350 + ((350/100) X 0.5 X 6) =rm 350 + 10.50

Jadi sistem ini dapat beli 2 keping dinar emas dengan masa singkat dengan jumlah modal (RM700 + RM350 + RM10.50 = RM1060.50) berbanding dengan sepatutnya 2 x Rm 700 = RM 1400.00...

Betul ke ni ha??haha jawapan selepas diteliti adalah salah. Sebab 2 dinar tetaplah harga rm1400.00 jadi sebenarnya jumlah sebenar ialah rm1410.50 tetapi yang menarik kita boleh tebus secara beransur - beransur selama 6 bulan dan kalau rasa nak simpan selama 3 bulan + 2 bulan lagi boleh dengan terma dan syarat la.. untuk lihat pasaran..

Kengerian Sentuhan Raja Midas...

Penggila emas ada pelbagai jenis dan untuk menganganinya orang dahulu mencipta dongeng seperti Raja Midas yang terlalu gilakan emas sehingga berdoa untuk mendapatkan sentuhan emas... Adakah dia bahgia apabila dikabulkan? Sekejap sahaja dimana dia menggunakan sentuhannya untuk menukar pelbagai benda kepada emas dan bukan batu seperti Sang Kelembai. Kenapa sekejap ? Ini kerana dia tidak dapat makan dan minum kerana bukan sahaja pinggan dan cawan  bertukar menjadi emas  tetapi makanan dan minuman juga menjadi logam kuning berkilauan itu. Kemuncak kesedihan apabila isteri dan anak perempuannya juga bertukar menjadi emas. Jadi berpada - padalah (Ini nasihat kat diri sendiri). Walaupun dongeng ada pengajarannya..

Saturday, 5 March 2011

Persediaan Mencari Emas

Assalamualaikum..
Projek Lagenda Emas Beranak saya ini memerlukan beberapa persiapan.
Yang pertama RM 1000.00 (Sebenarnya dalam rm200.00 pun boleh sebab emas 1gm dalam RM140 sekarang ini tapi terlalu minima (hehe ni bukan tamak ek).
Kalau rm 1000.00 elok beli emas jenis apa dan berani ke simpan kat rumah? Kalau berani silakan sebab emas jarang turun harga teruk. (Rasa memang tak kan turun mendadak punya).
Kalau tak berani ada dua tindakan iaitu mencairkan emas (tukar kepada wang ringgit da) dan menyimpan wang itu ke program kewangan yang akan beri dividen dan bonus. Jadi masa yang sesuai juga diperlukan.
Apa pun  yang penting kena bersyukur dan faham emas kalau cukup syarat kena bayar zakat dan memang lah boleh elak bayar tapi kalau elak elok lah bersedekah.. Kita pun pernah perit rasa tak ada duit kan??

Ibu Emas

Assalamualaikum 
Pernah dengar pasal Ibu Gayung?. Ini adalah antara ilmu yang ramai pesilat cari. Sebab dihebohkan bahawa bila dah sebati ilmu ini, dengan izin Allah maka setiap serangan dari sudut manapun dapat dipatahkan atau dielak hatta semasa tidurpun. Tak tahu kan ? Saya pun tak tahu. Ibu Gamat saya tahula iaitu ibu kepada anak -anak gamat. Keistimewaan binatang ini ialah kalau kita kerat ia dan letak di dalam air laut ia akan kembali mencantum. Jadi kalau lepas kena bedah memang elok di buat sup.

Sekarang ni heboh pasal cicak apa tah dulu heboh pasal mengkarung ekor bercabang. Boleh buat ibu duit. Kalau saya jumpa saya jumpa jual je jadi barula terbukti jadi ibu duit ni selalunya tuannya sayang nak simpan. Kalau manusia ada benda bercabang dikata cacat pula... entahla.. memacam.

Ditempat saya ada dongeng orang memukat di sungai. Pukatnya tersangkut sebutir emas. Bila bawa balik dia pun simpan dalam peti. Setelah 2 tahun dia buka peti itu yang hairannya dah macam sarang lelabah bewarna emas disekeliling emas itu. Dia biarkan lagi setelah 2 tahun lagi sudah banyak ketulan emas muncul kecil je.. tapi dah boleh jual.. Emas yang sebutir tadi inilah dipanggil Ibu Emas.

Jangan tanya saya kalau saya ada ibu emas sebab ni citer mitos je. Tetapi semalam terfikir sejenis teknik yang akan disusun untuk "memberanakkan" emas. Yalah nak menoreh tak reti tapi nak duit lebih... oop nantila sambung. Masih merangka rasanya boleh buat.