Menu

Tuesday 12 April 2011

Projek Emas : Sekali imbas..

Ruangan Teknik.Kalau beli sekeping wang dinar misalnya harga rm700.00. Kemudian gadai di Ar Rahnu selama 6 bulan dengan upah 50sen setiap rm100  dapat rm350.00 dan tambah lagi rm350.00 dapat sekeping lagi dinar.. Tapi jangan lupa kena tebus balik yang pertama kena bayar rm350 + ((350/100) X 0.5 X 6) =rm 350 + 10.50

Jadi sistem ini dapat beli 2 keping dinar emas dengan masa singkat dengan jumlah modal (RM700 + RM350 + RM10.50 = RM1060.50) berbanding dengan sepatutnya 2 x Rm 700 = RM 1400.00...

Betul ke ni ha??haha jawapan selepas diteliti adalah salah. Sebab 2 dinar tetaplah harga rm1400.00 jadi sebenarnya jumlah sebenar ialah rm1410.50 tetapi yang menarik kita boleh tebus secara beransur - beransur selama 6 bulan dan kalau rasa nak simpan selama 3 bulan + 2 bulan lagi boleh dengan terma dan syarat la.. untuk lihat pasaran..

No comments:

Post a Comment

Anda mahu komen?